News

News

Sunday 28 August 2016

Kandungan Kimia dan Nilai Perubatan

Di dalam teori perubatan tradisional cina, Ganoderma adalah antara kumpulan teratas. Ganoderma dapat memelihara kesihatan keseluruhan, awet muda dan ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan biarpun diambil untuk jangka masa yang panjang. . Penyelidikan perubatan moden turut membuktikan bahawa Ganoderma bukan penawar segala penyakit, tetapi peranan utamanya adalah untuk membantu memulihkan fungsi organ dalam badan yang hilang keseimbangan, seolah-olah Ganoderma dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Penyelidikan perubatan moden turut membuktikan bahawa Ganoderma bukan penawar segala penyakit, tetapi peranan utamanya adalah untuk membantu memulihkan fungsi organ dalam badan yang hilang keseimbangan, seolah-olah Ganoderma dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. . 


Melalui Analisis Saintifik Moden, Terdapat 200 Elemen Aktif Di Dalam Ganoderma.

A) Triterpenoids: Menolong meningkatkan sistem penghadaman, mengurangkan kolesterol dan lemak neutral di dalam badan. Ia juga efektif kerana dapat mengurangkan kesakitan, membuang bahan toksik dan lain-lain. . 

B) Adenosin: Tahap kolestrol rendah dan kurang lemak. Melancarkan peredaran darah, mengawal metabolisme dan justeru itu anda kekal sihat dan bertenaga. . 

C) Polisakarida: Membantu membersihkan toksin yang tersimpan didalam badan, menguatkan daya keupayaan pemulihan badan, mengubah sel tidak normal kepada sel normal, meningkatkan sitem kalis (imun) badan sekaligus memelihara kesihatan keseluruhan. . 

Telah dikenal pasti bahawa ia dapat mengubati kebanyakan penyakit repiratori seperti asma kronik, bronkitis dan masalah sinus. Satu kajian telah dijalankan di China pada tahun 1970-an, di mana 2000 pesakit bronkitis diberi sirap Ling Zhi dalam bentuk pil selama dua minggu. . 

Keputusan yang didapati ialah 60 – 90% menunjukkan pemulihan penyakit tersebut termasuk selera makan bertambah baik. Ujian di Jepun pula menunjukkan pemulihan 50 – 90%. Pada umumnya selain penyakit-penyakit di atas, Ling Zhi dipercayai dapat mengatasi masalah kesihatan seperti kolestrol yang tinggi, insomnia, diabetes, masalah hati, arthiris dan melegakan kesakitan. . 

Walaupun Ling Zhi telah digunakan sebanyak 300 kali dalam dos yang direkomenkan tetapi kesan toksik masih tidak dapat diperhatikan. Pengambilan Ling Zhi pada permulaannya akan menyebabkan rasa pening, sengal tulang, kulit bermasalah, cirit-birit atau sembelit. Ini merupakan tanda bahawa toksin telah dibersihkan dari badan. Apabila semua toksin dibersihkan dari badan, keadaan tersebut akan pulih dan tidak akan wujud lagi.


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger